ABOUT ME^^

NAMA : NURULAIN NADIAH BINTI OTHMAN
NO.MATRIK : A132736
PROGRAM : IJAZAH SARJANAMUDA SAINS SOSIAL DENGAN
KEPUJIAN LINGUISTIK
TAHUN PENGAJIAN: TAHUN 2
SEMESTER : 1 2011/2012
TUTORIAL : HARI RABU
MASA 1000-1200
TEMPAT: MAKMAL 3
E-MAIL :nurulainadiah@gmail.com

Saturday, 26 November 2011

10 GAMBAR PROJEK INDIVIDU

BEKAS PEN+TEMPAT LETAK SURAT+BEKAS BARANG











10 VIDEO YOUTUBE

Cleaning Robot

Pedal Shoes

Musical Utensils

Robot Tiles

Honda Walking Assist



E-Menu

Solar Bag

Van Tanpa Pemandu

Amazing Rescue Team

Winglet




10 FOTO TEKNOLOGI DAN INOVASI

NFridge Modular Refrigerator
NFridge adalah peti sejuk inovatif modular yang terdiri daripada kiub penyejukan kecil yang membenarkan pengguna untuk memperibadikan penyimpanan mengikut keperluan mereka. Ia menyediakan reka bentuk inovatif dengan bahan-bahan, tekstur dan bentuk-bentuk baru. Dimensi dan bentuk peti sejuk ini  sesuai untuk ruang hidup yang paling pelbagai ia boleh dibahagikan untuk menjadi lebih padat dari segi saiz, tetapi masih mengekalkan kapasiti simpanan yang luas. Perbezaan NFridge bukan sahaja oleh reka bentuk ruang yang menjimatkan tetapi juga oleh fungsi-fungsi dan sistem teknologi, seperti penyejukan magnetik, teknologi hijau yang menghasilkan sejuk malar lebih cepat daripada peti sejuk konvensional, serta sentuhan lembut operasi membran digital yang merangkumi unit dan tahan debu dan air.
Sarung Tangan Berteknologi
Sarung tangan ini telah dicipta oleh Ashwin Rajan dan juga Kevin Cannon. Ianya merupakan alat yang membolehkan kita berkomunikasi menggunakan pergerakan. Sarung tangan ini direka khas untuk kegunaan ahli bomba. Kedua-dua belah sarung tangan yang dicipta ini membolehkan dua orang ahli bomba berkomunikasi antara satu sama lain dalam situasi yang dimana tahap penglihatannya adalah sifar dan dalam keadaan yang sangat bising. Sarung tangan ini dibuat secara elektronik dan mempunyai sensor yang membolehkan komunikasi dijalankan. Pegerakan yang mudah seperti menunjukkan ibu jari membawa maksud ‘ok’ dan paparan akan keluar pada sarung tangan yang ada pada seorang lagi rakan. Sarung tangan ini juga dapat menunjukkan jarak paparan di hadapan mereka dan turut dapat digunakan untuk mengesan halangan dihadapan mereka ketika berada di tempat yang mempunyai tahap penglihatan yang rendah.
Monorel Shweeb
Monorel yang telah dicipta ini bukan seperti monorel yang biasa kita lihat kerana ia merupakan sebuah monorel yang mesra alam.  Monorel yang berdasarkan teknologi mesra alam ini dinamakan sebagi monorel Shweeb. Ia telah direka oleh Geoffrey Barnet dan dicipta di New Zealand. Kebaikan menggunakan monorel ini ialah ia dapat mengelakkan penggunaan tenaga elektrik kerana tenaga yang digunakan untuk menggerakkannya adalah tenaga manusia. Monorel Shweeb ini meluncur laju dengan menggunakan rel licin ultra nipis yang bersaiz hanya 200 milimeter.
 e-Roll
Bagi mereka yang mengalami kesulitan untuk menyimpan timbunan kertas surat khabar, kini terdapat penyelesaian yang mudah iaitu dengan terciptanya  eRoll. eRoll berkonsepkan skrin yang boleh digulung  dan antara kelebihannya adalah kita tidak perlu menyimpan kertas surat khabar yang banyak kerana dengan menggunakan eRoll tiada kertas yang akan digunakan. eRoll juga boleh digunakan untuk membaca e-dokumen, majalah dan juga boleh menyimpan data dengan adanya ruang memori  di eRoll tersebut.
Nokia 888
Telefon pintar yang telah dihasilkan oleh Nokia ini dinamakan Nokia 888. Tujuan telefon ini direka adalah bagi memudahkan kehidupan masyarakat masa kini yang sentiasa diselubungi kesibukan dan kemodenan. Antara teknologi yang terdapat dalam Nokia 888 ini adalah ia mempunyai fungsi pengenalan suara hanya dengan menggunakan layar sentuh yang fleksibel dan banyak lagi. Ia sesuai untuk digunakan dalam kehidupan seharian kerana saiznya yang kecil dan boleh digulung lalu  memudahkannya untuk dibawa ke mana-mana. 
Washable Keyboard

Keyboard mungkin salah satu objek yang mudah kotor. Biasanya, satu-satunya cara untuk membersihkan permukaan papan kekunci adalah dengan mengambil setiap butang dan membersihkannya, kemudian memasangkannya kembali. tapi UNOTRON telah mencipta jalan penyelesaian dengan mencipta papan kekunci yang diberi nama “washable keyboard”. Papan kekunci ini memiliki teknologi spillseal iaitu teknologi yang mampu melindunginya daripada cecair dan membuatnya mudah untuk dicuci walaupun dengan menggunakan air paip
Eglu
Eglu merupakan rekaan terbaru yang sangat sesuai bagi mereka yang meminati bidang penternakan terutamanya ayam tetapi mempunyai masalah ruang yang terhad.  Ia sesuai untuk diletakkan di bahagian belakang rumah di samping menyediakan ruang yang selamat bagi ayam yang diternak. Eglu ini sesuai untuk menempatkan 2 atau 4 ekor ayam sahaja.  Bahan asas bagi binaan Eglu ini adalah plastik maka ia adalah amat mudah untuk dibersihkan. Ia juga direka dengan ciri-ciri keselamatan untuk mengelakkan musang daripada memasuki Eglu ini.                       
 Peti Sejuk Mudah Alih
Rekaan peti sejuk mudah alih ini sesuai bagi mereka yang sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Ia bersaiz kecil dan juga mesra alam. Tenaga yang digunakan oleh peti sejuk mudah alih ini hanyalah 33 watts. Ia sangat berguna terutamanya bagi pelajar kerana ia boleh dibawa kemana-mana seperti dewan kuliah. Selain itu, peti sejuk ini juga boleh bertukar menjadi ketuhar pemanas hanya dengan satu suis
Jam Tangan Pintar
Inovasi terbaru ini menggabungkan telefon bimbit serta jam tangan. Ia boleh digunakan untuk membuat dan menerima panggilan dengan menggunakan alat dengar (headset). Telefon ini mempunyai skrin sebesar 1.46 inci yang mungkin agak sukar untuk ditekan dengan menggunakan jari tetapi ikon yang ada di skrin cukup besar jika hendak membuat panggilan khusus. Ia juga sudah dipasang dengan perisian yang membolehkan kita mengambil gambar dan video. Tali pada jam ini pula direka khas menyerupai USB dan boleh menyambungkannya ke komputer dan secara langsung dapat mengecas bateri. 
 Siafu PC
Selama ini orang yang mengalami masalah penglihatan selalu mengalami kesukaran untuk menggunakan komputer. Tetapi dengan rekaan terbaru  Siafu PC masalah mereka akan dapat diatasi. Alat ini dapat mengubah cara orang yang bermasalah penglihatan untuk menggunakan komputer  dengan adanya fungsi sentuhan secara langsung padanya. Permukaan Siafu PC ini diperbuat daripada bahan yang dikenali sebagai magneclay. Permukaan bahan ini akan dapat berubah menjadi bentuk tertentu iaitu bentuk braille seperti yang biasa digunakan oleh orang bermasalah penglihatan. Produk ini membolehkan pengguna membaca satu halaman penuh teks seperti mereka membaca buku. Siafu PC ini juga turut dapat menukarkan segala teks yang muncul terus menjadi tulisan braille.






Friday, 25 November 2011

PERKHIDMATAN SUMBER INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN





   Perkembangan teknologi komputer dan internet dalam sistem pendidikan telah meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran. Strategi pembelajaran menggunakan komputer dan internet dalam pendidikan menunjukkan banyak peningkatan dari segi pengetahuan, kecekapan dan kemahiran. Terdapat tiga bentuk sistem yang menggunakan internet dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah Web Course, Web Centric Course dan Web Enhanced Course. Web Course ialah penggunaan internet untuk keperluan pembelajaran di mana seluruh bahan belajar, tugasan dan latihan disampaikan melalui internet. Pensyarah dan pelajar sepenuhnya terpisah namun hubungan atau komunikasi antara pelajar dengan pensyarah boleh dilakukan setiap saat. Ianya tidak memerlukan pertemuan bersemuka kerana semua proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku dengan bantuan bantuan kemudahan internet seperti  ‘online conference’ dan ‘chat rooms’.


         Bagi Web Centric Course pula hanya sebahagian proses pembelajaran disampaikan melalui internet kerana perkara lain seperti ujian, perbincangan dan latihan akan dilakukan secara bersemuka ataupun didalam kelas. Walaupun sebahagian proses pembelajaran diadakan secara bersemuka  tetapi ia tetap mengurangkan waktu pertemuan antara pelajar dan pensyarah. Web Enhanced Course pula, ia merupakan pemanfaatan internet untuk pendidikan dan hanya untuk membantu peningkatan kualiti kegiatan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Peranan internet di sini adalah untuk menyediakan sumber-sumber dengan memberikan link yang sesuai  untuk pembelajaran dan boleh diakses secara online. Perbezaan antara Web Enhanced Course dengan Web Centric Course ialah, jumlah pembelajaran menggunakan internet adalah lebih sedikit berbanding dengan jumlah pembelajaran secara biasa iaitu melalui pertemuan dengan pensyarah.

          Antara kelebihan internet dalam media pengajaran dan pembelajaran ini adalah ia membolehkan  para pelajar di peringkat pengajian tinggi mengakses pembelajaran kendiri. Pelajar akan dapat mengakses secara online dari berbagai perpustakaan dan mana-mana tempat untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan pembelajaran. Selain itu, ibu bapa atau masyarakat juga akan dapat bersama- sama mengakses bahan pengajaran dan pembelajaran tersebut. Hal ini akan membolehkan para ibu bapa mengetahui apa yang dipelajari oleh anak mereka selama ini. Melalui pembelajaran menggunakan internet, kita juga akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar kerana kebanyakan bahan yang terdapat di dalam internet adalah di dalam bahasa inggeris.  Selain itu proses pembelajaran juga tidak terbatas oleh ruang dan waktu tertentu jika pembelajaran dilakukan dengan menggunakan internet.

          Namun begitu terdapat juga kelemahan pengunaab sumber dan perkhidmatan internet dan antaranya ialah pelajar akan lebih mudah terdedah dengan bahan-bahan yang tidak elok dalam internet seperti bahan porno dan jika tidak dikawal ia akan merosakkan diri pelajar itu sendiri. Sumber maklumat di dalam internet juga tidak begitu meyakinkan kerana tiada autoriti didalam bahan di internet tersebut. Hal ini boleh menimbulkan kekeliruan dalam diri pelajar untuk mencari maklumat apabila terdapat maklumat yang bercanggah. Pembelajaran melalui internet juga akan meningkatkan lagi kemungkinan berlakunya gangguan belajar kerana sistem ini mengkehendaki pelajar belajar secara bersendirian dan jika terdapat sifat malas dalam diri pelajar tersebut hal ini akan menyebabkan mereka hanya bergantung kepada pelajar yang rajin sahaja untuk mencari maklumat.

         Sebagai kesimpulannya penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran ini mempunyai banyak kelebihan daripada kelemahan kerana pencarian bahan melalui internet akan memeberi peluang kepada pelajar untuk mencari dan menerokai bahan baru.