ABOUT ME^^

NAMA : NURULAIN NADIAH BINTI OTHMAN
NO.MATRIK : A132736
PROGRAM : IJAZAH SARJANAMUDA SAINS SOSIAL DENGAN
KEPUJIAN LINGUISTIK
TAHUN PENGAJIAN: TAHUN 2
SEMESTER : 1 2011/2012
TUTORIAL : HARI RABU
MASA 1000-1200
TEMPAT: MAKMAL 3
E-MAIL :nurulainadiah@gmail.com

Friday, 25 November 2011

PERKHIDMATAN SUMBER INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN





   Perkembangan teknologi komputer dan internet dalam sistem pendidikan telah meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran. Strategi pembelajaran menggunakan komputer dan internet dalam pendidikan menunjukkan banyak peningkatan dari segi pengetahuan, kecekapan dan kemahiran. Terdapat tiga bentuk sistem yang menggunakan internet dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah Web Course, Web Centric Course dan Web Enhanced Course. Web Course ialah penggunaan internet untuk keperluan pembelajaran di mana seluruh bahan belajar, tugasan dan latihan disampaikan melalui internet. Pensyarah dan pelajar sepenuhnya terpisah namun hubungan atau komunikasi antara pelajar dengan pensyarah boleh dilakukan setiap saat. Ianya tidak memerlukan pertemuan bersemuka kerana semua proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku dengan bantuan bantuan kemudahan internet seperti  ‘online conference’ dan ‘chat rooms’.


         Bagi Web Centric Course pula hanya sebahagian proses pembelajaran disampaikan melalui internet kerana perkara lain seperti ujian, perbincangan dan latihan akan dilakukan secara bersemuka ataupun didalam kelas. Walaupun sebahagian proses pembelajaran diadakan secara bersemuka  tetapi ia tetap mengurangkan waktu pertemuan antara pelajar dan pensyarah. Web Enhanced Course pula, ia merupakan pemanfaatan internet untuk pendidikan dan hanya untuk membantu peningkatan kualiti kegiatan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Peranan internet di sini adalah untuk menyediakan sumber-sumber dengan memberikan link yang sesuai  untuk pembelajaran dan boleh diakses secara online. Perbezaan antara Web Enhanced Course dengan Web Centric Course ialah, jumlah pembelajaran menggunakan internet adalah lebih sedikit berbanding dengan jumlah pembelajaran secara biasa iaitu melalui pertemuan dengan pensyarah.

          Antara kelebihan internet dalam media pengajaran dan pembelajaran ini adalah ia membolehkan  para pelajar di peringkat pengajian tinggi mengakses pembelajaran kendiri. Pelajar akan dapat mengakses secara online dari berbagai perpustakaan dan mana-mana tempat untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan pembelajaran. Selain itu, ibu bapa atau masyarakat juga akan dapat bersama- sama mengakses bahan pengajaran dan pembelajaran tersebut. Hal ini akan membolehkan para ibu bapa mengetahui apa yang dipelajari oleh anak mereka selama ini. Melalui pembelajaran menggunakan internet, kita juga akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar kerana kebanyakan bahan yang terdapat di dalam internet adalah di dalam bahasa inggeris.  Selain itu proses pembelajaran juga tidak terbatas oleh ruang dan waktu tertentu jika pembelajaran dilakukan dengan menggunakan internet.

          Namun begitu terdapat juga kelemahan pengunaab sumber dan perkhidmatan internet dan antaranya ialah pelajar akan lebih mudah terdedah dengan bahan-bahan yang tidak elok dalam internet seperti bahan porno dan jika tidak dikawal ia akan merosakkan diri pelajar itu sendiri. Sumber maklumat di dalam internet juga tidak begitu meyakinkan kerana tiada autoriti didalam bahan di internet tersebut. Hal ini boleh menimbulkan kekeliruan dalam diri pelajar untuk mencari maklumat apabila terdapat maklumat yang bercanggah. Pembelajaran melalui internet juga akan meningkatkan lagi kemungkinan berlakunya gangguan belajar kerana sistem ini mengkehendaki pelajar belajar secara bersendirian dan jika terdapat sifat malas dalam diri pelajar tersebut hal ini akan menyebabkan mereka hanya bergantung kepada pelajar yang rajin sahaja untuk mencari maklumat.

         Sebagai kesimpulannya penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran ini mempunyai banyak kelebihan daripada kelemahan kerana pencarian bahan melalui internet akan memeberi peluang kepada pelajar untuk mencari dan menerokai bahan baru.


6 comments:

n. raziebah bakri said...

seiring dengan perkembangan teknologi, penggunaan komputer dan internet dalam sesi pembelajaran amat tepat dan bersesuaian kerana ramai pelajar kini terdedah dengan kemajuan teknologi berkomputer. memanfaatkan teknologi yang terdapat pada masa kini amatlah bersesuaian kerana kekangan masa yang terlalu sibuk. pelajar tidak lagi perlu meghadiri kelas tetapi hanya perlu duduk di hadapan komputer dan melayari internet bagi mendapatkan maklumat dan berinteraksi dengan pensyarah. penggunaan tekologi ini perlu dimanfaatkan dan digunakan dengan cara yang betul agar inovasi dan teknologi dalam pendidikan menjadi saluran yang selamat digunakan.

NURMASTURA NORDIN said...

Perkhidmatan sumber internet seperti ini amat berguna kepada pelajar dan dapt menambahkan cara pembelajaran ke arah peringkat yang lebih interaktif. Bahan-bahan pengajaran juga dapat disampaikan dengan tepat dan berkesan. Namun begitu, setiap pelajar perlulah mempunyai kemudahan akses internet yang kuat bagi menggunakan perkhidmatan ini.

NURMASTURA BINTI NORDIN
A 133408

yusrizal said...

internet harus maju seiring dengan perkembangan tenologi supaya matlamat dunia tanpa sempadan itu benar-benar tercapai.tetapi penggunaannya harus dikawal kerana seperti yang kita sedia maklum ada sahaja pihak yang menyalahgunakan kemudahan ini.harus seimbangkan kebaikan dan keburukan kerana sesuatu itu dicipta untuk kebaikan dan bukannya keburukan.

YUSRIZAL YUSOF
A133226

Anonymous said...

Saya berpendapat pembelajaran menggunakan internet ini amatlah efektif kerana mempunyai kelebihannya yang tersendiri antara ialah jika seseorang pensyarah itu mengajar menggunakan laman web ia akan lebih mudah untuk dikemaskini berbanding dengan buku.maklumat yang terdapat dalam laman web boleh ditambah dari semasa ke semasa. sebaliknya buku teks akan digunakan untuk tempoh masa yang lama dengan kandungan yang sama walaupun situasi penggunaan sentiasa berubah. oleh itu penggunaan pembelajaran menggunakan internet amatlah sesuai untuk kehidupan pada masa kini supaya ia seiring dengan peredaran zaman.

Anonymous said...

pembelajaran menggunakan sumber daripada internet akan dapat menarik minat pelajar kerana ia tidak tertumpu pada sesuatu benda seperti buku. jika menggunakan buku pelajara akan menjadi mudah bosan dan tidak akan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang dipelajari. diharapkan dengan pengajaran dan pembelajaran menggunakan internet ini akan dapat meningkatkan prestasi para pelajar

Hasimah Amin said...

Assalamualaikum... secara realitinya tidak dapat dinafikan, penghasilan teknologi baru telah banyak mewujudkan perubahan dalam proses pembelajaran dan pelajaran kerana segala penyebaran ilmu dapat disampaikan secara meluas. Pengetahuan maklumat yang diterima lebih mudah difahami dengan bantuan rujukan-rujukan yg bnyak di internet tanpa perlu menyelak buku-buku yang tebal. keadaan ini juga membolehkan para pelajar mandapat pengetahuan yg lebih tepat dan secara khusus selain daripada proses pembelajaran di kuliah. Pendedahan teknologi baru dalam kalangan pelajar perlu dititikan beratkan oleh para pensyarah semasa proses pembelajaran terutamatanya pembahagian kerja yg memerlukan bntuan maklumat daripada internet. walaupun terdapat juga kelemahan dalam perkhidmatan internet tetapi keadaan ini tidak akan berleluasa kalau para pelajar bijak mengawalnya.

hasimah binti mohd amin, uitm shah alam

Post a Comment